HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Disember 2007

BPR fail lucut harta RM800,000 pegawai muda.


KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) memfailkan permohonan untuk mendapat perintah mahkamah bagi melucut hak harta bernilai RM800,000 milik seorang pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) berusia 26 tahun yang dipercayai diperoleh hasil rasuah dan salah guna kuasa.

Sumber memberitahu Berita Harian, permohonan berkenaan dikemukakan minggu lalu selepas BPR berjaya mengesan sejumlah harta berkenaan yang membabitkan wang tunai, rumah dan dua kenderaan mewah milik pegawai terbabit.
“Tindakan susulan itu dibuat mengikut Seksyen 37 Akta Pencegah Rasuah 1997 sebaik mendapat pengesahan pemilikan harta pegawai terbabit. Bagaimanapun, baki kira-kira RM1.2 juta yang disyaki dimilikinya masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdul ketika dihubungi mengesahkan tindakan BPR itu dan percaya kertas siasatan bagi kes berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh terdekat sebelum tindakan pendakwaan dibuat.

Sebelum ini, BPR mengumumkan sedang menyiasat seorang pegawai PTG daerah Sepang, Selangor yang baru tiga tahun bertugas kerana memiliki harta bernilai RM2 juta, dipercayai hasil rasuah dan salah guna kuasa.

Tiada ulasan: