Jangan layan Blog Pro BN yang menipu rakyat sembunyi kebenaran!.
Oleh : pemudawilayah.
Setelah beberapa siri Himpunan dan gerakan kebangkitan rakyat, kini BN semakin sibuk untuk menjawab pelbagai isu yang dilontarkan. Walaupun rakyat hanya berhimpun dengan membawa banner bukannya senjata tetapi ternyata itu sudah benar-benar menakutkan Barisan Nasional sehingga sanggup mengunakan ISA bagi menghapuskan musuh-musuh politik mereka.
Tidak cukup dengan itu, kini mereka gunakan blog-blog pro BN dan UMNO untuk menjawab semula isu yang dilontarkan. Blogger Berotak Kambing Hitam ini cuba meraih simpati para blogger dan pelayar internet untuk membaca ‘kisah-kisah pelacuran mereka didalam BN’ .
Malah ada yang sanggup menulis dan memaparkan berita-berita palsu bagi meraih perhatian. Mereka taip sendiri beberapa surat tanpa nama dan kemudiannya di-scan dan upload ke dalam blog. Kononnya surat-surat itu diterima dari bekas ahli yang telah keluar dari PAS atau tidak puas hati dengan pimpinan.
Mereka juga cuba mengoyahkan keyakinan pelayar internet dengan mengungkit-ungkit jasa BN selama 50 tahun dan mempersoalkan jasa-jasa pembangkang. (Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0′, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)
Memanglah bodoh hujah-hujah mereka sebab, selama 50 tahun mereka jer memerintah dan halang semua aktiviti pembangkang. Tetapi mereka lupa bahawa kalau tak da pembangkang, otak mereka pun beku tak tau nak buat apa kat negara nie. Yang mereka tahu ‘mencuri’ dana negara.
Kalau bukan PAS yang bawa idea tubuhkan tabung haji, pusat-pusat zakat, JAKIM, Bank Islam, Mahkamah Syariah dan lain-lain lagi idea Islamic Development rasanya UMNO tak ke mana. Dan itu semua adalah lebih baik dari idea Islam Hadhari yang tak tau apa bentuknya.
Semua tu berlaku zaman PAS masuk BN. Sebelum PAS masuk, setiap kali persidangan parlimen, ahli parlimen Umno akan tonggang arak ngan ahli Parlimen MCA dan MIC kat lobi parlimen. Lepas bersidang mereka pi karbaret…sekarang panggil Kelab Malam.
PAS keluar dari BN sebab lihat Umno makin kuat ‘berak dan kencing’ atas kepala orang Melayu. Mereka janji macam2 time pilihanraya, bila menang rakyat tetap ditakuk yang sama. Gambar dibawah ini sudah cukup mengambarkan jasa BN selama 50 tahun Malaysia diperintah mereka….terima kasih BN untuk perumahan kos rendah ini….kalau ada lagi, pak menteri pun nak gak!!!
Budak-budak Umno, terutamanya yang duduk tengah bandar zaman sekarang tak tau cerita nie sebab bapak-bapak mereka malu nak cerita. Tapi itulah realiti.
Banyak cerita sejarah yang tidak diceritakan dengan betul dan jelas oleh Umno. Ingat tak kenyataan Prof. Khoo Khai Kim bulan November lepas tentang sukatan matapelajaran sejarah di sekolah. Semua nak direview semula sebab banyak fakta yang salah dan tidak tepat contohnya kebangkitan Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya yang sifatkan sebagai pemberontak.
Itu semua adalah sukatan yang diluluskan oleh Kerajaan BN selama 50 tahun…jadi bermakna selama itulah rakyat negara ini ditipu oleh mereka dan kita sangka perjuang kemerdekaan ini sebagai pengkhianat bangsa.
Sekarang mereka cuba pula rosakkan pemikiran pelayar internet melalui blog mereka yang kononnya ingin menjawab tuduhan pembangkang terhadap segala dosa2 mereka.
Sungguh kesian mereka. Nampaknya siaran TV1, TV2, ASTRO, Channel Media Prima masih tak cukup bagi mereka menyebarkan fahaman sesat mereka.
Setiap malam mereka kutuk Pervez Musharaff dan Bush di semua channel milik mereka , tapi mereka tak berani nak kutuk Pemimpin mereka yang sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi penjenayah dunia itu.
Mereka pun nak jaga periuk nasi…yang baik sahaja mereka keluarkan yang buruk itu semua dia sembunyikan. Kat dalam negara mereka kuatkuasakan AUKU dan larang pelajar berpolitik. Tapi kat luar negara mereka tubuhkan Kelab UMNO dengan pelajar sendiri jadi pengerusi/presiden, alasan mereka kat sana bebas tak ikut AUKU…tu lah alasan bodoh…nampak sangat Malaysia tak bebas…peliknya bila pelajar pro PAS nak buat Kelab PAS mereka tarik semua pinjaman dan biasiswa dengan alasan mereka terlibat dengan politik pembangkang. Memang dah bankrap kepala hotak Umno nie….
Tindakkan itu lagi kejam dari Firaun…Firaun pun tak buat macam tu dengan Nabi Musa masa dia besarkan Nabi Allah tu…
Memang bodoh siapa yang percaya dengan tulisan-tulisan mengarut mereka dalam blog tu. Jadi janganlah buang masa nak jadi Sahabat atau Ahli Barisan Nasional atau Umno… tinggalkanlah mereka dengan Pak Pandir dan Abu Nawas mereka. Boikot semua blog, web, forum dan siaran2 maya mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan