Definisi Melayu
Angkara Hindraf maka kini semua tahu, bukan India yang terkebelakang tetapi Melayu. Adakah benar, Melayu yang sedang memegang kuasa dan Melayu merupakan ketuanan di tanah ini? Mana sebenarnya kedudukan Melayu hari ini? Di mana kita dalam negara kita ini? Adakah mampu kita untuk mengisahkan apa yang sebenarnya berlaku pada Melayu dan sekiranya mampu adakah kelak kita tidak dilabel sebagai pembangkit semangat untuk memainkan sentimen kaum.
Sebenarnya untuk soalan di mana kita Melayu ini jawapannya, hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari kaum lain dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah yang terendah berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan Melayu memegang rekod peratus kemiskinan tegar tertinggi.
Dan itu definisi Melayu hari ini. Tidak payah kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu kerana definisi yang ada tidak melambangkan “Ketuanan Kita” . Tidak perlu kita mengisahkan hak keistimewaan dan kedudukan kita kerana semua itu telah terjawab. Habis mahu di letak mana kedudukan kita dalam kita sudah mencapai 50 tahun lebih merdeka.
Mungkin salah pada Melayu, Melayu yang malas, Melayu yang lupa dan Melayu yang haprak. Mungkin itu kini karakter nasional untuk Melayu, identiti sebagai seorang Melayu baik kepimpinan Melayu sampailah ke rakyat yang menjadi hamba pada Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia. Maka yakinlah kita hari ini bahawa sebenarnya kita kaum minoriti kerana pengecilan tempat dan kedudukan kita sebagai Bumiputera. Hampir pasti kelak kita hadir pada tahun retorik 2020 dengan kedudukan yang senget dengan lemah berdiri di bumi sendiri.
Sah kini. Melayu bukan lagi golongan yang boleh dibanggakan dalam negara kita ini. Melayu kini hanya tinggal nama dan igauan Dato Onn Jaafar melambangkan “gelap” Melayu kini menjadi realiti. Mana silapnya pendidik Melayu, mana silapnya kepimpinan Melayu dan mana silapnya Melayu itu sendiri.
Kita hari ini sibuk mengejar kejayaan. Malaysia diambang kemodenan dan kemajuan. Negara semakin bergerak ke arah yang amat memberangsangkan namun Melayu masih di situ. Melayu tetap Melayu dengan saban hari menceritakan tentang kemajuan bangsa lain. Melayu tetap di situ membicarakan kisah ketuanan Melayu, mengisahkan perjuangan Melayu dan akhirnya kuasa pegangan Melayu yang menyalahkan ketirisan sebenarnya menyebabkan ketirisan.
Kisah sedih Melayu ini patut diabadikan dalam sejarah Malaysia. Mungkin benar bahawa yang sepatutnya berdemonstrasi adalah Melayu. Namun untuk membantah kepada siapa, kerajaan Melayu....
Dipetik dari : http://arahkita.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan