HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Disember 2007

Lembu mengamuk lepas dengar ucapan Annuar Musa
Oleh Herman Samsudeen


BERPANTANG maut sebelum ajal, begitulah yang boleh digambarkan terhadap seekor lembu korban yang tiba-tiba bangkit selepas disembelih. Peristiwa berlaku di majlis Korban Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di padang Sekolah Kebangsaan Machang 2 di Machang pada pagi Sabtu ini iaitu Hari ketiga umat Islam merayakan Hari Raya Aidiladha.

Menurut laporan Agendadaily, ketika kejadian itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Annuar Musa hampir menghabiskan ucapannya. Lembu yang berlumuran darah dilehernya itu naik minyak lalu mengejar orang ramai sebelum rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Begitulah kuasa Allah. Kejadian ini agak luar biasa dan petanda dari Allah bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya adalah ‘ibadat politik’ semata. Kekejaman pemimpin Umno begitu banyak dan lembu korban ini pun tahu masa untuk dia buktikan ketidakredhaannya pada apa yang telah dilakukan Umno kepada rakyat.

Bagi pemimpin Umno, kejadian ini hanyalah kebetulan tetapi mereka juga harus berwaspada kerana inilah petanda dari Allah yang tidak redha dengan tingkah laku mereka yang suka menyeleweng dan menjual agama bagi kepentingan politik.

Sama ada duit yang digunakan untuk mengadakan majlis korban itu halal atau tidak, hanya Allah yang tahu. Tapi yang terjadi tetap terjadi, kebangkitan lembu itu telah menjelaskan segalanya pada kita. Hanya orang-orang yang bodoh sahaja yang masih tidak mengerti.

Tiada ulasan: