HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Disember 2014

Najib dijangka tiba di KB hari ini

MALAYSIAKINI



 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan tiba di Kota Bharu hari ini.

Najib akan terus menuju bandar yang dilandar banjir itu selepas memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat termasuk permainan golf dengan Presiden, Barack Obama di Hawaii.

Perdana menteri menerima kritikan meluas kerana bercuti ketika negara dilanda banjir yang menyebabkan lebih 132,000 orang hilang tempat tinggal.

Percutiannya itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat termasuk Washington Post dan New York Times.

Laman penjejak penerbangan Flight Tracker menunjukkan bahawa pesawat perdana menteri dengan tanda panggilan 9M-NAA berlepas dari Hawaii ke Los Angeles sebelum tiba di Indianapolis pada jam 6.52 petang semalam.

Bagaimanapun laman berkenaan menunjukkan pesawat tersebut masih berada di Indianapolis. Setakat ini, belum dapat disahkan sekiranya Najib menggunakan pesawat lain untuk kembali ke tanah air.

Difahamkan, perdana menteri akan melakukan penerbangan terus ke Kota Bharu.

Tiada ulasan: