SHAH ALAM - TNB telah menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara
500 kW hingga 1,000 kW untuk membekalkan elektrik ke negeri-negeri yang
teruk dilanda banjir setakat jam 8 pagi ini.
45 set janakuasa tersebut kini berada di Pahang, 19 di Terengganu, lima
di Perak dan satu di Kelantan, kata Pengurus Besar Kanan (Operasi
Wilayah 2), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz
Abdul Majid, yang juga merangkap Ketua Koordinator Pengurusan Banjir
TNB.
“Tambahan tiga lagi set janakusa sedang dalam proses untuk membekalkan elektrik di Kelantan.
“Kesemua set janakuasa ini dibekalkan untuk kawasan-kawasan yang
penting dan pusat perpindahan mangsa banjir yang boleh dilalui
kenderaan,” jelasnya.
Katanya, TNB juga sedang menghantar beberapa lagi set janakuasa lain
samada milik TNB sendiri atau milik rakan-rakan niaga TNB ke kawasan
yang terjejas, kataAbdul Aziz lagi.
“Selain itu 22 janakuasa mudah alih (portable generators) telah dibekalkan ke beberapa pusat-pusat perpindahan setakat ini.
“Pihak kami sedang mengumpulkan lagi janakuasa mudah alih dari beberapa
negeri supaya lebih banyak lagi yang boleh dibekalkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan