SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
dikatakan individu paling layak untuk menjadi pendamai dalam perbalahan
DAP dan Pas berkaitan hudud.
Presiden Gerakan Anak Negeri Terengganu Insaf (Ganti), Ahmad Amzad Hashim berkata, Abdul Khalid merupakan satu-satunya pemimpin yang masih teguh menyokong PR walaupun dipecat keahlian dari PKR.
“Satu-satunya yang bukan ahli parti DAP, PKR atau Pas tetapi terus istiqamah menyokong PR adalah Abdul Khalid.
“Beliau yang paling sesuai jadi pendamai kerana beliau masih dihormati oleh ketiga-tiga akar umbi parti,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
Ketegangan antara Pas dan DAP memuncak apabila Pas dilihat masih meneruskan usaha untuk melaksanakan hukum hudud dengan membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian enakmen tersebut ke sidang Dewan Rakyat.
Lantang menyuarakan penolakan RUU tersebut, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang bukan sahaja menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi keluar meninggalkan PR, malah beliau turut mengumumkan putus hubungan dengan Abdul Hadi.
Ahmad Amzad dalam pada itu turut menepis Setiausaha Agung PKR, Rafizi yang menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara kedua parti tersebut.
“Rafizi Ramli tawar diri untuk jadi orang tengah antara Pas dan DAP. Saya ingin tegaskan, Rafizi merupakan ‘arkitek’ Langkah Kajang dan pertukaran MB Selangor. Keputusan-keputusan dalam dua isu tersebut dibuat bukan secara sebulat suara.
“…dia adalah salah seorang pencetus ketegangan dalam PR,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan