APABILA menyebut Iran, pasti ramai yang membayangkan
sebuah negara mundur dan akses internet negara tersebut juga dikawal
oleh pemerintahnya.
Namun pendedahan yang dilakukan oleh seorang warga Belanda yang tinggal di Tehran selama 13 tahun pasti akan mengubah persepsi buruk ini.
Thomas Erdbrink, mula berpindah ke Iran pada tahun 2002 dan berkahwin dengan seorang jurugambar warga Iran, Newsha Tavakolian pada tahun 2003 dan kini bertugas sebagai Ketua Biro di Tehran untuk The New York Times.
Menurutnya, apabila memberitahu bahawa dia tinggal di Iran selama 13 tahun, kebanyakan dari mereka sangat terkejut dan rata-rata akan bertanya, bagaimana seorang warga asing boleh tinggal di sebuah negara yang sentiasa merusuh dan membenci negara barat, membakar bendera dan berteriak hapuskan Amerika? Adakah tidak takut?
"Jawapan saya ringkas, tidak, saya tidak takut," katanya.
Thomas berkata, Iran adalah sebuah negara yang moden, sangat sesuai didiami dan penduduknya mesra malah jauh lebih baik daripada apa yang dibayangkan.
"Kemodenan Iran bukan hanya sekadar simbol, mempunyai banyak bilangan bangunan pencakar langit, malah bilangan kereta Porche dijual lebih banyak di sini daripada negara timur tengah yang lain.
"Masyarakat di sini tidak dipengaruhi oleh internet, televisyen satelit dan sistem pangangkutan awamnya juga murah.
"Iran mengalami perubahan dan kini menjadi sebuah negara urban. 70 peratus rakyatnya tinggal di bandar dan pinggir bandar negara itu. Malah apa yang mengejutkan, masalah buta huruf di kalangan rakyatnya juga rendah," katanya dipetik The New York Times.
Tambah Thomas, lebih daripada 60 peratus pelajar universiti terdiri daripada golongan wanita dan setiap tahun lebih 150,000 warganya yang berpelajaran tinggi berhijrah ke luar negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan