HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Mac 2015

Anggota PAS di Selangor diminta beri keutamaan kepada kepimpinan ulama

THE MALAYSIAN INSIDER


Anggota PAS Selangor diminta memberi keutamaan terhadap prinsip kepimpinan ulama. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.Anggota PAS Selangor diminta memberi keutamaan terhadap prinsip kepimpinan ulama. – Gambar The Malaysian Insider. 



Anggota PAS Selangor diminta memberi keutamaan terhadap prinsip kepimpinan ulama pada pemilihan jawatan tertinggi parti sempena muktamar PAS Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata prinsip itu perlu diteruskan sebab ia telahpun menjadi asas perjuangan parti itu selama ini sebagaimana diputuskan kepimpinan muktamar parti sejak 1982 lagi.

"Dalam pimpinan ulama, ada dua interpretasi iaitu sama ada golongan ulama sendiri memimpin parti ataupun semangat kepimpinan ulama dibawa dalam pentadbiran (parti)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau diminta pandangannya sama ada anggota PAS di peringkat kawasan di negeri ini mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti pada pemilihan Jun depan.  Dalam pada itu, Iskandar yang juga anggota exco kerajaan Selangor berkata PAS Selangor menyerahkan kepada bahagian parti masing-masing di negeri itu untuk mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk pemilihan peringkat pusat.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti, Iskandar berkata setakat ini beliau tidak mempunyai hasrat sedemikian.  – Bernama

Tiada ulasan: