HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Mac 2015

Polis perlu rujuk peguam negara sebelum guna Akta Perhimpunan Aman, kata PKR

THE MALAYSIAN INSIDER


PKR desak polis rujuk Jabatan Peguam Negara terlebih dulu sebelum meneruskan siasatan terhadap ceramah solidariti yang diadakan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.PKR desak polis rujuk Jabatan Peguam Negara terlebih dulu sebelum meneruskan siasatan terhadap ceramah solidariti yang diadakan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider. 





























Jabatan Peguam Negara perlu dirujuk sebelum polis meneruskan siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap ceramah solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Johor, kata dua pemimpin PKR negeri hari ini.

Mereka berkata, Seksyen 9(5) akta itu diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada 25 April, 2014.

Dalam satu kenyataan bersama, Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Batu Jimmy Puah mendesak pihak polis menggugurkan semua siasatan mengikut seksyen itu ke atas mana-mana ceramah solidariti bersama Anwar yang sudah diadakan.

"Sehingga hari ini, keputusan dan pendirian undang-undang dalam kes Nik Nazmi masih sah dan undang-undang terpakai di Malaysia. "Kami berharap polis akan merujuk kepada penasihat undang-undang Jabatan Peguam Negara sebelum mengumumkan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9 akta tersebut yang diisytiharkan tidak sah," kata mereka.

Mereka memetik kenyataan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada 25 Februari yang berkata polis akan menyiasat ceramah tersebut kerana gagal memberi notis maklum 10 hari sebelum diadakan.

Pimpinan PKR Johor itu berkata, polis seharusnya menghormati undang-undang terpakai sedia ada dan hak rakyat untuk berkumpul secara aman seperti jelas termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ia sepatutnya termasuk ceramah dan himpunan aman untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Anwar, kata mereka.

Tiada ulasan: