MALAYSIAKINI
Tanpa mengambil kira motif di sebalik dakwaan terkini berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak digesa menjawab sama ada perkara itu benar atau tidak.
Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata Najib tidak boleh cuci tangan daripada tindakan itu.
“Perdana menteri tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan berkata
beliau 'tidak terlibat dengan operasi harian 1MDB',” kata Pua dalam
kenyataan pagi ini.
“Perdana menteri, yang juga menteri kewangan harus sedar bahawa isu 'bermotifkan politik' tidak relevan dalam perkara ini.
“Apa yang lebih penting, sama ada dokumen dan e-mel itu asli,” kata Pua.
Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa mempunyai bukti
e-mel dan dokumen menunjukkan bahawa syarikat usahasama 1MDB,
PetroSaudi, pada 2009 digunakan untuk menyalurkan dana kepada syarikat
hartawan Jhow Low.
Pihak kerajaan dan PetroSaudi menafikannya.
Najib dalam Facebook menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali membenarkan dana awam digunakan untuk kepentingan peribadi.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menolak
dakwaan bahawa 1MDB menyalurkan AS$700 juta (RM2.5 bilion) kepada
syarikat dikaitkan dengan hartawan Jho Low sebagai “bermotifkan
politik”.
“Bagaimanapun, jika terdapat sebarang salah laku yang terbukti,
undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata pejabat itu
kepada akhbar United Kingdom Sunday Times.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan