Dengan mendakwa Datuk Kazim Elias menyebarkan hadis "roti jala dicelup kuah kari", mutfi menolak penceramah popular itu menyertai forum agama sempena keputeraan Raja Perlis.
Mufti Perlis hari ini mendedahkan alasan penolakan ustaz Kazim, yang pernah ditawarkan jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno, di laman Facebook.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa penceramah tersebut sering memetik hadis palsu.
Selain surat rasmi penolakan ustaz berstatus 'selebriti' itu, Dr Mohd Asri juga memuatkan keratan dokumen yang menunjukkan Kazim pernah berkata nabi pernah menjamu "kurma dicelup tepung."
Jabatan Mufti Perlis menolak penceramah itu sebagai maklum balas kepada pihak penganjur forum perdana ehwal Islam anjuran RTM.
Ia diadakan bersempena keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin yang ke-72.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan