HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Mac 2015

Dua rakyat Malaysia sertai ISIS ada di lokasi tahanan dipenggal

 
Pengesahan itu berdasarkan rakaman video yang dimuat naik seorang individu yang disyaki menganggotai kumpulan militan itu menerusi akaun Facebooknya pada 22 Februari lalu.


is malaysia


PETALING JAYA: Polis hari ini mendedahkan dua rakyat Malaysia yang kini menyertai kumpulan militan IS dikesan berada di tempat di mana seorang tahanan dipenggal di Raqqa, Syria.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner, Datuk Ayub Khan Mydin, pada sidang media di sini, lapor MalaysiaGazette.

Pengesahan itu berdasarkan rakaman video berdurasi 30 saat yang dimuat naik seorang individu yang disyaki menganggotai kumpulan militan itu menerusi akaun Facebooknya pada 22 Februari lalu.

Melalui rakaman video di akaun Facebook milik Abu Hamzah Al-Fateh itu, seorang lelaki kelihatan di samping mayat tanpa kepala itu sementara seorang lagi merakam video berkenaan.

Kedengaran juga rakaman percakapan ‘tangkap gambar satu’ dan ‘video’ pada video tersebut yang memaparkan wajah dua rakyat Malaysia itu.

Menurut Ayub Khan, individu yang merekod video berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Gurun, Kedah dan telah ke Syria pada 23 Sept lepas manakala individu yang berada di sebelah mayat yang disembelih itu berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan telah ke Syria pada 26 Jan lepas dan merupakan pemilik akaun FB Abu Hamzah Al Fateh.

Rakaman video itu merekodkan seorang lelaki warga Syria disembelih seorang lelaki Arab kerana didakwa menjadi pengintip kerajaan Syria.

“Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian…Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif,” kata Ayub Khan

Tiada ulasan: