Staff Berita Semasa
SCAM Bisnes
MLM Pencil.my? Downline Terpekik Terlolong Menjadi Hamba Kepada Kereta
BMW M5 Untuk Cari Mangsa Baru? :
Nak kaya tiada salahnya. Tetapi mengapa
mahu rendahkan tahap pemikiran mereka apabila Berita Semasa tonton
video di bawah ini pun menggelengkan kepalanya. Sampai begini sekali
ketaksuban mereka?
Malu pula ada nak bangsa yang terpekik
terlolong cerita “kereta jadian” masing-masing. Kasihan….Perempuan
terpekik terlolong seperti dirasuk? Ermmmmm….
- Malu mak ayah
- Malu bangsa
- Malu agama
- Malu diri sendiri
Masih ingat lagi skim Pak Man Telo? Siap
ada sijil dari Bank negara lagi pada masa itu. Sehinggakan YB-YB
terjebak sama. Berapa tahun nak selesai? Diharapkan kerajaan membuat
sesuatu mengenai isu-isu melibatkan bisnes MLM di Malaysia ini.
BACA LAGI SINI : Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro
(Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) Tempelak Dr Google, Dr Facebook & Ubat MLM!
Berita Semasa tidak mampu melihat lagi,
lebih ramai Melayu menjadi makin kayap, kena tipu, maruah orang melayu
dijatuhkan. Sebaliknya upline orang-orang kaya disebalik perniagaan MLM
di Malaysia kaya-raya di atas tersenyum sinis melihat telatah anak buah
mereka yang bergerak mengikut acuan yang telah direncanakan sebelum ini.
Bisnes MLM Pensil ini sambungan Score A yang jual modul belajar paling murah pun sekitar RM700?? Walaupun, Pencil.my ini jual portal education macam Score A tetapi mengapa perangai dan sikap masing-masing seperti orang kurang pendidikan?
Cara pencinta MLM Pencil.my ini scam terpekik terlolong seolah-olah :
- “Tolong la…join la program ni, masuk la, kalau anda masuk dan terjerat, saya sebat duit anda, boleh buat bayar duit kereta ini”
- “Nanti anda pula duit orang lain, aku dapat komisen sikit”
P/S : Mendengarkan ada kipas susah mati
Pencil.my ini mengatakan kereta BMW M5 ini ada 8 biji di muka dunia ini
dan dia pemilik no.4, tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.
PP/S : Kepada geng MLM Pencil.my, BMW
boleh beli. Mengapa Mikrofon atau hailer tidak boleh beli dan tidak
dapat sediakan pembesar suara?
PPP/S : Kejayaan sesuatu perniagaan MLM
di Malaysia hanya diukur berdasarkan jenis kereta yang dimilikinya? Malu
dengan orang jual tilam. Ehemmm….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan