MALAYSIAKINI
Perdana Menteri berkata, syarikat 1MDB yang mendapat kritikan daripada
pelbagai pihak sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan Islam di
Malaysia.
Merujuk kepada projek menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Seri
Najib Razak berkata, sebahagian daripada kos RM20 juta yang diperlukan
adalah datang daripada Yayasan 1MDB.
"Malangnya
hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai
kritikan dan tohmahan, khususnya di media sosial," kata Najib dipertik
portal BNBBC News hari ini.
Menurut perdana menteri, ahli jawatankuasa masjid datang bertemu
dengannya untuk menapatkan bantuan dana pembangunan semula masjid.
"Serta-merta saya bersetuju dan luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang
malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini,"
katanya.
Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.
"Pada asalnya bajet (pembinaan masjid) ini sedang-sedang, apabila
dilaksanakan ia semakin bertambah sehingga RM20 juta. Itu pun tidak
cukup lagi,” katanya ketika berucap sebelum menunaikan solat Jumaat di
Masjid Jamek Kampung Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan