HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Jun 2015

Cadang had waktu operasi restoran 24 jam ada agenda tersembunyi



Persatuan Pengusaha Restoran Muslim mendakwa cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Noorul-Hassan-Saul_presma_600



PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) membantah cadangan mengehadkan waktu operasi Restoran Mamak 24 jam kepada tempoh masa tertentu.

Presiden Presma, Noorul Hassan Saul berkata, cadangan itu berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Katanya, mengapa cadangan itu hanya tertumpu kepada Restoran Mamak tetapi bukan restoran atau kedai makanan segera.

“Kita nampak satu agenda tersembunyi. Mengapa restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan sebagainya dibenarkan beroperasi 24 jam?” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Noorul juga mempertikai rasional premis Restoran Mamak dikatakan menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.

“Berapa ramai anak-anak yang bergaduh dengan ibu bapa kerana melepak di restoran 24 jam? Berapa ramai yang jadi mat rempit kerana lepak di restoran 24 jam?

“Dari aspek positif, restoran 24 jam adalah pusat untuk melepak yang sihat. Apakah kita mahu anak-anak kita melepak di tempat yang mewah atau tidak sepatutnya?,” soalnya.

Beliau berkata, kewujudan restoran 24 jam mempunyai impak apabila mampu menjana ekonomi malah nilai hartanah perumahan juga meningkat bila wujud restoran seperti ini.

Katanya, Presma amat kecewa dengan cadangan itu kerana dibuat tanpa kajian teliti.

Tiada ulasan: