Pandangan Haji Hadi Awang yang parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.
Selalunya satu kumpulan serpihan
itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita
tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya
ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.
Jika kita masih dibuai oleh sentimen
tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka
anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang
‘formidable’. Kita belum nampak lagi
ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka
anda. Tentulah ada pihak yang
berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan
pilitik
yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.
Teruskanlah, tetapi berhati-hati
sambil melalui jalan dan liku-liku perjuangan mereka. Saya mempunyai sebab
untuk berkata demikian tetapi sebabnya bukan boleh diluahkan begitu sahaja
kerana ia berkaitan dengan siapa yang menerajui kumpulan baru pembangkang ini.
Saya tidak nampak bagaimana gabungan baru ini boleh membezakan keadaan dengan
keadaan semasa Pakatan Rakyat yang dahulu.
Pakatan Rakyat yang baru ini
wajar mempunyai pendaftaran secara formal dan wujud diatas entiti yang
terdaftar dengan pandaftaran pertubuhan. Itu satu. Tetapi persoalannya parti
manakah yang akan menjadi ketua kepada ‘coalition’ yang baru ini. Dalam Pakatan
Rakyat dahulu perhubungan diantara ketiga-tiga parti itu ialah ‘equal partners’
dan jika ini terus berlaku dalam Pakatan dan persepakatan yang baru ini maka
masalah yang sama akan tetap berlaku.
Kita lihat dalam Pakatan Rakyat
yang dimatikan walaupun pada hakikatnya Pakatan itu tidak pernah wujud secara
formal, perbalahan ialah wujud kerana tiada parti diantara ketiga-tiga ahli
itu yang menjadi ketuanya. Dalam sesuatu ‘coalition’ mesti ada satu parti yang
menjadi ketuanya dan dihormati oleh rakan-rakan kongsi di dalamnya.
Jika dalam persepakatan dan persefahaman yang baru itu sama sahaja
cirinya seperti dalam Pakatan
Rakyat yang dahulu dengan ciri ‘equal partners’ dan ‘equal say’ dalam
persahabatan baru itu, hasilnya akan sama sahaja dengan apa yang
dihasilkan oleh Pakatan Rakyat dahulu.
Sesungguhnya PAS sekarang ini
tidak kebelakang sangat seperti yang di anggapkan oleh kumpulan 18 yang
dikatakan progresif itu. Paling jauh PAS telah kembali kepada rupa dan ‘attribute’
asal parti itu yang konservatif. Sememangnya ‘attribute’ asal PAS begitu dari dahulu.
Perlu diingat semasa PAS mencuba
menjadi parti progresif dengan menyertai Pakatan Rakyat dahulu bukannya sedikit
kaum Melayu yang tidak menyokong PAS lagi kerana parti itu dikatakan telah berubah
corak dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang mereka beranggapan sebagai
chauvinis Cina dan sebagainya. Dengan kembalinya PAS dengan imej berkepimpinan
ulamak maka mereka ini jelas telah kembali memberikan sokongan dan ramai yang
baru sedang mendekati PAS.
DAP kecewa dengan PAS kerana mahu
tidak mahu parti itu perlukan sokongan orang Melayu Islam apabila menghadapi
rakyat dalam pilihanraya nanti. Itu sebabnya mereka amat bergembira sekarang
ini kerana setidak-tidaknya masih ada segelumit penyokong PAS yang sudah
terbiasa menyokong DAP dan Pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu. Tanpa
sokongan Melayu, DAP akan hanya tertumpu pengaruhnya dalam kawasan Cina sahaja
dan sekarang ini ada beberapa kerusi DAP yang kedudukannya dalam bahaya apabila
pilihanraya umum tiba nanti.
Walaupun begitu besar publisiti
tentang kemasukan (exodus) ramai ahli PAS kedalam DAP, ramai lagi yang berubah
menyokong kembali parti itu apabila sudah berpisah dengan PR terutamanya DAP.
Dengan perpecahan DAP dengan PAS, kedua-dua parti akan merasakan hasilnya. Tetapi bagi PAS setidak-tidaknya ia kembali kepada corak dan ciri asalnya. PAS mula menyedari yang parti itu akan hilang identitinya jika berterusan bersama DAP. Apabila parti itu hilang identitinya maka ia akan menghadapi banyak masalah pada masa yang akan datang. Contohnya identiti UMNO yang asal sudah cukup untuk dijadikan pelajaran kepada semua pihak. UMNO kini menghadapi penyakit daya tahan seperti orang yang dihinggapi HIV, hidup tidak segar, hanya mati yang ditunggu.
UMNO yang dahulunya mempunyai
imej sebagai parti bersemangat kebangsaan tetapi sejak parti itu bertukar menjadi parti ‘taukey’, ramai yang
telah meninggalkan parti itu. Lanjutan dari itu UMNO akhirnya akan hanya menjadi
sebuah parti yang dilihat sebagai parti untuk ‘the rich and the famous’ sahaja dan
tidak ubah seperti ‘exclusive club’ untuk keuntungan mereka yang hampir dengan
kuasa sahaja.
Asri Muda merupakan seorang
pemimpin utama PAS yang pernah dianggap bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga
oleh pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai pemimpin yang sukar dicari ganti
untuk PAS. Ketiadaan beliau sepatutnya telah menguburkan parti itu tetapi PAS
tetap wujud dan segar sampai kehari ini.
Sesebuah parti itu ciri yang
kekal di dalamnya dan jika sesiapa termasuk pemimpin besarnya tidak bersama dengan
ciri-ciri asalnya secara ‘natural’ mereka akan meninggalkan parti itu akhirnya.
Saya tidak berada dalam parti ini tetapi sekadar memberikan pandangan
berdasarkan kepada keadaan dan hakikat sebenarnya yang akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan