Pengendali Facebook 1M4BN mendakwa
sukarelawan menyentuh anjing ketika membungkus kurma yang diedarkan
kepada umat Islam sempena Ramadan.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung kecewa apabila difitnah mengedarkan kurma tidak halal kepada umat Islam sempena Ramadan.
Fitnah itu dibuat oleh pengendali laman sosial Facebook yang menggunakan nama 1M4BN yang mendakwa sukarelawan menyentuh anjing ketika membungkus kurma.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR itu berkata, sudah empat tahun pihaknya mengedarkan kurma sempena Ramadan dengan bantuan sukarelawan pelbagai bangsa.
Katanya, fitnah itu boleh menjejaskan permuafakatan rakyat pelbagai agama dan bangsa yang membantu secara sukarela membungkus kurma berkenaan.
“Saya minta UMNO dan MCA menyatakan pendirian mereka. Hentikan fitnah terhadap sukarelawan yang ikhlas membantu. Hentikan perobohan muafakat rakyat,” tulisnya di Facebook.
Kurma ADUN Semambu difitnah tidak halal

Tiada ulasan:
Catat Ulasan