KEADILA DAILY
SUNGAI BULOH : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar bertindak dan menyelamatkan negara dengan menyokong perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad ini.
Tokoh reformasi itu berkata, erti merdeka pada tahun ini telah dinodai oleh sikap tamak sesetengah pemimpin dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing serta kehidupan rakyat yang kian melarat.
“Merdeka 2015 dinodai keserakahan dan ketamakan, ekonomi meruncing dan kehidupan rakyat terus melarat.
“Terdapat ketempangan luar biasa di antara cita-cita luhur kemerdekaan dan sekatan ke atas kebebasan rakyat. Institusi hukum tercemar dan kesenjangan pendapatan terus melebar,” ujar Anwar dalam perutusan sempena Kemerdekaan negara ke-58 yang bakal disambut 31 Ogos ini.
Oleh itu kata Anwar, semangat merdeka yang ditunjukkan rakyat menandakan berakhirnya pemerintahan yang menindas dan zalim.
Malah kata bekas Ketua Pembangkang itu lagi, gagasan baru yang lebih adil dan seimbang akan muncul serta bakal memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan yang saksama.
“Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.
“Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru, menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama.
“Kita harus bertindak dan selamatkan Malaysia tercinta!” tegas Anwar dalam perutusan tersebut yang dikeluarkan Biro Komunikasi KEADILAN hari ini.
Rakyat tidak dapat bersama sosok Anwar pada perhimpunan Bersih kali ini, kerana beliau menjalani hukuman lima tahun penjara akibat fitnah kerajaan pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan