Pengerusi Bersih 4 Keamanan Datuk Jamal Md Yunos berkata, keputusan membatalkan perhimpunan selepas dinasihatkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah sebentar tadi.
"Kami diambil keterangan dan setelah itu kami adakan perbincangan dengan ketua polis Kuala Lumpur dan OCPD Dang Wangi mengenai persediaan yang mereka lakukan sekiranya Bersih 4 meneruskan perhimpunan haram
"Jadi setelah mendengar taklimat dan dinasihati oleh ketua polis Kuala Lumpur kita bersetuju untuk menarik balik ketetapan kita dan memberi kepercayaan penuh kepada polis," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi , Kuala Lumpur hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan