HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2015

Sekat web Bersih tindakan bodoh

MSO

 
Khabarnya laman web Bersih 4 telah disekat daripada dijengoki orang ramai. Sejak petang semalam laman itu yang menjadi perantara antara penganjur dengan rakyat tidak dapat diakses. Sebelum ini Menteri Multi Media dan Komunikasi Salleh Said Kruak ada membayangkan laman web yang mempromosikan Bersih akan disekat.

Kalau kegagalan web Bersih diakses itu kerana, ia benar disekat ia adalah satu tindakan yang dayus dan bodoh. Tindakan itu tidak memberi apa-apa makna dan erti lagi kerana rakyat sudah tahu mengenai sejak beberapa minggu lalu. Ia bodoh kerana penyekatan itu sesuatu yang terlambat.

Pihak penganjur Bersih sudah pun menyusun program perarakan dan sambutan. Perkembangan terbaru mengenai pergerakan Bersih sudah pasti akan dikongsi oleh rakyat. Rakyat yang komited dengan himpunan itu akan bertindak menjadi perantaran dengan umum.

Kemudahan android yang dimilik rakyat akan digunakan sepenuhnya. Apakah menjelang tengah malam ini semua talian telekomunikasi pula akan diputuskan dan yang hanya bernas RTM dan TV3? Salleh Said Kruak yang baru memegang jawatan mengambil alih daripada Ahmad Shabery Chik ternyata lebih naif dan langsung tidak profesional. Ianya memuja Najib Razak sehingga menjatuhkan darjat kemanusiaan sendiri.

Tiada ulasan: