HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Disember 2017

Banjir Pahang: Jumlah mangsa kekal 71 orang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Raub masih kekal 71 orang sehingga pagi ini. 
 
Jumlah kesemua mangsa terdiri daripada 19 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
 
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata, PPS di Balai Raya Kampung Ulu Sungai menempatkan mangsa banjir paling ramai, 35 orang daripada 10 keluarga.
 
"Di Balai Raya Kuala Semantan menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga dan 10 orang daripada dua keluarga di Surau RRM Cheroh 3,” katanya.
 
Dalam pada itu, katanya kerja-kerja pembersihan jalan ke Kampung Orang Asli Sungai Kelit, Raub yang terputus hubungan sejak 3 pagi semalam ekoran tanah runtuh di kawasan tertentu sepanjang empat kilometer laluan itu, akan disambung hari ini.
 
Beliau berkata bantuan makanan untuk 71 penduduk kampung itu juga akan dihantar hari ini setelah mendapat nasihat dan cara yang sesuai daripada pihak Jabatan Kerja Raya.
 
 

Tiada ulasan: