HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Disember 2017

Fakulti Perubatan Kuin ‘lambang kegagalan’ Ahmad Bashah


 
Fakulti Perubatan Kuin ‘lambang kegagalan’ Ahmad Bashah



Kelemahan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menguruskan sebuah fakulti perubatan yang berprestij,sekaligus melambangkan kegagalan sebuah kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar  Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh
Datuk Dr Ismail Salleh

Pengerusi AMANAH Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berpendapat, kegagalan Kuin itu sama seperti apa yang pernah dialami seramai 425 pelajar perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS) di Kepala Batas, Pulau Pinang sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bermasalah dan terpaksa ditutup.

“Seramail 425 pelajar perubatan AUCMS menjadi mangsa dan terpaksa di tempatkan di enam IPT lain untuk meneruskan pengajian mereka.

“Kegagalan urustadbir kewangan telah di kenalpasti sebagai punca masalah yang utama,” ujarnya adalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai 106 penuntut Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Insaniah (Imsa) dan Permaufakatan Waris Pelajar Perubatan Kuliyyah Perubatan Kuin (Impa) memprotes tindakan pihak pengurusan Kuin mengubah program perubatan institusi pengajian itu kepada Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS).

Dilaporkan juga Kuin tidak menyambung perkhidmatan sebahagian daripada 40 pensyarah kuliyah tersebut.

Menurut Dr Ismail lagi,sekali lagi rakyat dikejutkan dengan pelan untuk memindahkan seramai 106 penuntut Kuliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan Kuin kepada Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS).

“Difahamkan pihak Pengurusan Kuin tidak mempunyai pilihan lain sekarang melainkan memindahkan 106 pelajar bersama dengan pensyarah mereka sekali ke CUCMS untuk menurunkan kos operasi.

“Menguruskan fakulti perubatan bukanlah mudah.Apatah lagi Kuin yang masih baru dalam fakulti ini,pengambilan pelajar perubatan yang dibenarkan adalah kecil jumlahnya manakala kos yang diperlukan pula untuk setiap pelajar adalah tinggi.

“Hanya dengan kewangan yang cukup dan pengurusan kewangan yang baik sahaja boleh memastikan fakulti perubatan berjalan dengan baik.

“Manakala Kuin pula telah dikenalpasti tidak mempunyai ciri-ciri itu.Kuin telah dilanda krisis pengurusan dan kewangan sejak sekian lama sehingga disatu peringkat gagal mencarum wajib Socso dan Kwsp selama beberapa tahun.

“Bukan sahaja tiada perubahan besar dalam menangani masalah ini tetapi nampaknya ia semakin buruk diakhir-akhir ini.

“Kemuncak kepada krisis ini adalah apabila Kuin terpaksa memindahkan bebanan kos operasi fakulti perubatan kepada CUCMS dan inilah yang disebutkan sebagai smart partnership oleh Exco pendidikan Negeri Kedah.

“Ringkasnya kos operasi akan ditanggung oleh CUCMS,dengan perkongsian keuntungan 30:70.
Manakala sijil akan ada cop oleh Kuin dan pelajar boleh membuat pilihan untuk konvo di Kuin atau di CUCMS mengikut pilihan mereka.

“Sekarang ini juga,pengambilan pelajar perubatan yang baharu dibekukan sehingga mendapat arkreditasi MQA,” ujarnya.

Bagaimana pun dalam kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, pada Jumaat, berkata kerajaan negeri komited untuk memperkasakan program itu melalui kerjasama perkongsian pintar dengan institut pengajian tinggi yang diiktiraf.

Katanya, memorandum persefahaman (MoU) antara Kuin bersama CUCMS disalahertikan kerana ia sebenarnya perkongsian pintar dalam mewujudkan kerjasama akademik dalam bidang berkenaan.

Tiada ulasan: