MALAYSIAKINI
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan terlibat dalam membuat
keputusan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri, jika
Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Menurut laporan, kombinasi itu diputuskan ketika pemukiman dua hari HARAPAN di Putrajaya minggu lalu, dan kini hanya menunggu persetujuan daripada Ketua Umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pemuda AMANAH langsung tidak membuat apa-apa keputusan rasmi berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri HARAPAN.
"Justeru polemik yang mengaitkan kami dalam spekulasi tersebut sama sekali tidak berbangkit," kata ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan (gambar).
Namun, Sany berkata mereka akan menyokong sebarang keputusan yang dibuat pimpinan parti.

Calon perdana menteri HARAPAN merupakan antara isu yang paling hangat
diperdebatkan, terutama selepas Anwar yang masih ditahan di penjara
tidak boleh dilantik segera ke jawatan itu.
Perkembangan itu menarik perhatian banyak pihak, dengan pihak yang menyokong menganggap Mahathir masih mampu mentadbir negara manakala pihak yang menentang menganggapnya sebagai 'langkah ke belakang' memandangkan beliau pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Untuk rekod Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap pengerusi HARAPAN. Dr Wan Azizah pula dipilih sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.
Pemuda HARAPAN pada mulanya memilih Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon sebelum akhirnya memilih Dr Mahathir.
Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, Azmin menang dengan 12 pencalonan berbanding Dr Mahathir yang mendapat sebelas pencalonan, dalam pengundian yang dibuat ketika pertemuan pemuda HARAPAN di Kuala Lumpur, sehari sebelum pemukiman.
Namun ketika pusingan akhir pengundian, majoriti memilih Dr Mahathir sebagai calon.
Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas panjang.
"Kami hanya mengundi untuk kemungkinan calon perdana menteri untuk dibentangkan ketika pemukiman HARAPAN," katanya sambil menambah lebih banyak golongan muda dipilih sebagai calon.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan