HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Disember 2017

Sultan: Rakyat Selangor mahu kerajaan bebas rasuah

MALAYSIAKINI



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda percaya rakyat Selangor mahukan sebuah kerajaan yang bebas daripada rasuah.

"Rakyat Selangor mahu kerajaan bebas rasuah.

"Mereka mahu kebajikan mereka dijaga, perkara penting untuk mereka seperti rumah mampu milik dan pendidikan, akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kadar yang berpatutan.

"Bagi beta, beta mahu rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa bertengkar mengenai isu sensitif. Hormat-menghormati antara satu sama lain," titah baginda dalam temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan hari keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember ini.

Memandangkan kedudukan Dewan di-Raja Selangor mengatasi politik, Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak akan mengundi begitu juga dengan isteri atau anak-anaknya.
 "Ia menjadi amalan datuk dan bapa beta. Begitu juga dengan beta dan juga anak-anak," titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin bertitah baginda akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk semua kaum di Selangor.

"Ia adalah tindakan seimbang. Tetapi ia adalah asas pembelajaran yang baik dan saya menikmati setiap cabaran dalam menyelesaikan masalah.

"Kita perlu tenang dan bergantung kepada pasukan berbeza untuk mendapat maklum balas rakyat sebelum membuat keputusan," titah baginda.

Tiada ulasan: