Presiden
Pertubuhan Minda dan Sosial Perihatin (PMSP), Ramesh Rao menawarkan
RM5,000 kepada mana-mana individu yang berjaya menunjukkan dimana kubur
ibu bapa Lim Kit Siang pada sidang media ringkas dihadapan Ibu Pejabat
Polis Petaling Jaya, Selangor. foto SAFWAN MANSOR,
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP)
menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 seandainya mana-mana invidu berjaya
membongkarkan atau mengenalpasti ‘kubur’ mendiang ibu dan bapa Ahli
Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Tawaran mengejutkan yang ditawarkan Presiden PMSP, Ramesh Rao itu
sebenarnya bertujuan untuk menyiasat asal usul kelahiran Kit Siang yang
sehingga hari ini menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan.
Menurut Ramesh Rao, Kit Siang yang juga merupakan Penasihat DAP
seringkali ‘memanipulasi’ tempat kelahiran beliau menjelang Pilihan Raya
Umum (PRU) bagi tujuan mendapatkan undi kawasan tertentu.
“Saya ingin tawarkan RM5,000 kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya
berjaya membongkarkan kubur ibu bapa Kit Siang di negara ini, sekali
gus teka teki tempat kelahirannya terjawab.
“Saya juga berbesar hati tawarkan RM5,000 untuk keluarga Kit Siang untuk bantu bongkar persoalan ini.
“Sebelum ini beberapa ahli veteran DAP mendakwa Kit Siang dilahirkan
di Zhangzhou, daerah Fujian, China pada 1941 sebelum memasuki Malaysia
pada 1957.
“Persoalan mula timbul apabila ada maklumat internet yang mendakwa
Kit Siang tiba di Malaysia pada tahun 1957 disunting dan bertukar kepada
lahir di daerah ini pada 20 Februari 1941.
“Saya sebelum ini telah memohon bantuan daripada pihak polis dan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas gagal mendapat maklumat
berkenaan. Tujuan saya Cuma satu, saya tidak mahu pengundi kita
terpedaya dengan tipu helah Kit Siang,” katanya kepada pemberita di luar
Ibu Pejabat Polis Derah Petaling Jaya sebentar tadi.
Jelas Ramesh Rao, Kit Siang sebelum ini pernah beberapa kali mendakwa
dirinya lahir di Batu Pahat, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka
dalam siri jelajah kempen PRU sejak tahun 1969.
“Kami mahu kepastian dengan segera kerana saya dimaklumkan oleh
veteran DAP bahawa ibu bapa Kit Siang tidak pernah menjejakkan kaki di
bumi Malaysia, jadi bagaimana beliau dikatakan lahir di negara ini.
“Malah, beliau dalam kempen politiknya sebelum ini pernah membuat
pendedahan yang bercanggah kerana ketika di Pulau Pinang, dia kata dia
anak Pulau Pinang, ketika kempen di Melaka dia kata dia orang Melaka dan
begitu juga di Johor.
“Sehingga kini pun, beliau tidak pernah memberikan apa-apa bukti
konsisten tentang kelahiran beliau malah sering berdolak dalih dan
menjadi berang setiap kali saya mempersoalkan tempat kelahiran beliau.
“Saya tidak pasti pula untuk PRU kali ini, beliau lahir di mana? Cukup cukuplah perbodohkan rakyat,” tegasnya.
Baru-baru ini, ketika disoal sekumpulan wartawan mengasak Kit Siang
tentang persoalan kelahiran beliau di Parlimen, beliau menjadi berang
dan bertindak menegur mereka.
Tegas Kit Siang yang juga bapa Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu tanpa menjawab soalan hanya
meminta para wartawan untuk membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum
bertanyakan sebarang soalan seumpama itu. – MalaysiaGazette
Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan