Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos
melahirkan rasa kesalnya terhadap pihak berkuasa tempatan yang sehingga
kini tidak mengambil tindakan ke atas Datuk Zaid Ibrahim.
Jamal tampil dengan gimik terbarunya di Persidangan Agung Umno kali
ke-71 hari ini, dengan membawa tukul seberat 5 kilogram dan menghentak
patung bekas menteri undang-undang itu.
Ia sebagai simbolik dengan kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat Selangor terhadap keceluparan Zaid.
Jamal dengan suara lantang di sidang medianya mengugut akan memburu
Zaid jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang.
"Sultan Selangor murka, di mana polis? Mengapa tidak ambil tindakan?
Mengapa lambat? Mengapa terhegeh-hegeh terhadap binatang ini? Di mana
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Mengapa lambat
bertindak?
"Ini adalah amaran keras daripada kami sebagai rakyat Selangor, anak
Selangor tidak mahu sesekali Sultan kami dihina, diejek, dicaci.
"Kami rakyat Sekangor telah hilang sabar. Jika tidak ada tindakan
terhadap haram jadah ini esok, tukul ini akan dihalakan ke kepalanya,"
katanya kepada pemberita.
Simbolik tukul itu menyusul selepas dua hari lalu apabila Jamal membakar patung mirip Zaid juga di perkarangan PWTC.
Jamal mengingatkan Zaid supaya berfkir dua kali sebelum 'mengajar' Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baru-baru ini Sultan Selangor mengingatkan orang ramai agar tidak
mengekploitasikan isu kaum dan agama yang disifatkan sensitif demi
kepentingan politik mereka terutama sokongan demi menghadapi pilihan
raya.
Menerusi wawancaranya dengan surat akhbar The Star, Sultan Sharafuddin
juga menegur Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menggunakan isu kaum Bugis dalam ucapannya di himpunan pembangkang
September lalu, malah menyifatkan bekas perdana menteri itu memiliki
rasa rendah diri yang kompleks dan perasaan kebencian mendalam dalam
dirinya.
Zaid bertindak balas dengan kenyataan itu dengan menulis di Twitternya
supaya Sultan Selangor berhati-hati dalam berkata-kata, malah menyebut
'tiada siapa yang kebal jika negara terbakar'.
Dalam gimik terbaru hari ini, Jamal juga mempersoal sikap Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang seolah-olah 'bisu' dalam isu
terbabit.
"Di mana Azmin yang sepatutnya mempertahankan Sultan Selangor. Senyap
sunyi. Di mana exco-exco Selangor yang memerintah negeri yang sepatutnya
mempertahankan Sultan Selangor.
"Jangan main politik sahaja," tegas Jamal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan