HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Disember 2017

Jangan sebar berita palsu kes bunuh, gilis - Polis Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Polis memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan khabar angin bahawa suspek yang terlibat kes tikam dan langgar hingga menyebabkan kematian di stesen minyak di Taman Pelangi, di sini malam tadi sudah ditangkap.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Azman Ayob berkata, perbuatan tular berita itu di lama sosial hanya akan mengganggu siasatan polis.
 
"Kes ini masih dalam siasatan dan masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan.
 
"Maklumat telah ada tangkapan tidak tepat. Polis menyeru hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan," katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
 
Semalam, seorang lelaki berusia 30-an yang singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar kereta didatangi empat suspek menaiki sebuah kereta BMW dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan.
 
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa berjaya meloloskan diri, namun suspek kemudian bertindak melanggar mangsa dan kemudiannya mengundurkan kereta dan menggilis badan mangsa sebelum melarikan diri.
 
Mangsa mati di tempat kejadian.
 
 

Tiada ulasan: