KOTA KINABALU: Kota Belud yang baru pulih daripada banjir pada Jumaat lalu, kini dilanda banjir lagi sekali.
Seramai 127 mangsa banjir daripada 67 keluarga di Kota Belud
ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun
Said hingga 6.30 pagi tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan
Masyarakat Tun Said mula menerima mangsa kira-kira 10 malam tadi akibat
banjir yang melanda 14 kampung di daerah berkenaan.
Di Penampang, setakat 8 pagi tadi, lima mangsa banjir daripada sebuah
keluarga ditempatkan di PPS Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang.
PPS itu dibuka kira-kira 8 malam tadi apabila sembilan kampung di daerah berkenaan terjejas banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan