HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 Disember 2017

Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLANG: Tiga peserta larian Klang City International Marathon cedera dengan seorang daripadanya parah apabila dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2, awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kenderaan terbabit dari arah Klang menghala ke Kapar melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama.
 
Katanya, mangsa yang parah dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44. Wanita itu mengalami kecerederaan pada kepala dan rahang.
 
"Dua yang lain, Amiruddin Hamid, 37, cedera pada kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami luka buku lali kiri.
 
"Tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Mazelan berkata, pemandu kenderaan terbabit seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak cedera.
 
"Bampar dan bonet kereta pemandu kemek pada bahagian hadapan. Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah. Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah," katanya.
 
 

Tiada ulasan: