HALAMAN SANTAI

Ahad, 10 Disember 2017

Jamal direman dua hari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.
 
Perintah reman itu dikeluarkan  Majistret Umzarul An Nur Umar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas mendapatkan permohonan dari pihak polis.
 
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu ditahan oleh Pasukan Siasatan Khas (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam tadi.
 
Jamal kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
 
Penahanan beliau dipercayai berkaitan ugutannya terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim. 
 
Jamal kelmarin membawa tukul seberat 5 kilogram dan menghentak patung bekas menteri undang-undang itu, selain berikrar mahu memburu pemimpin itu  jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan biadapnya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.  
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, mengesahkan penahanan reman itu.
 
 

Tiada ulasan: