LENGGONG: Tiga orang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori
treler dan tiga buah kereta di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata, mangsa yang meninggal dunia melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.13 pagi.
Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah lori treler membawa ikan
melanggar kereta jenis Honda HRV, Nissan Grand Livina dan kenderaan
pacuan empat roda (4X4) jenis Toyota Hilux.
“Maklumat daripada saksi menyatakan lori tersebut merempuh bahagian
belakang kereta jenis Honda HRV yang dinaiki oleh tiga lelaki dan dua
perempuan.
“Tiga daripada mereka yang menaiki kereta tersebut disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Gerik,” katanya.
Menurutnya, pemandu dan penumpang kereta Nissan Grand Livina telah
dikeluarkan oleh orang awam manakala dua lelaki di dalam kereta Toyota
Hilux tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu dan kelindan lori treler yang terlibat tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan