HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2018

50,000 dijangka berhimpun pertahan Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN


  

KOTA BHARU: Mobilisasi ke arah Himpunan Bangkit Pertahan pada 16 Mac ini, pihak penganjur mengedar pelekat Bangkit Pertahan kepada orang ramai di Pasar Besar Siti Khatijah semalam.

Pengedaran pelekat itu diketuai anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Hadir sama Pengarah Sekretariat Bangkit Pertahan, Dr Izani Hussin, Setiausahanya, Nazman Che Ibrahim dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Md Ashari Mamat.

Sebanyak 5,000 pelekat Bangkit Pertahan disediakan kepada orang ramai sebagai simbolik untuk menyatakan sokongan bagi mempertahan Kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Che Abdullah berkata, dianggar kira-kira 50,000 rakyat Kelantan bakal membanjiri Padang Perdana bagi mengikuti program tersebut 16 Mac ini.

Program itu akan bermula dengan kuliah pagi Jumaat disampaikan selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus dan himpunan Pemuda dan Muslimat pula diadakan pada sebelah petang.

Acara kemuncak ceramah Bangkit Pertahan oleh pemimpin utama Gagasan Sejahtera.-HARAKAHDAILY

  

Tiada ulasan: