HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2018

Agenda Kristianisasi Dedah Sikap Sebenar PH





 MYNEWSHUB



WALAUPUN sering menunjukkan wajah mesra dengan orang Islam termasuk hadiri majlis di masjid, sikap sebenar parti pembangkang terhadap kedudukan agama Islam semakin terdedah.

 

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian terus menunjukkan yang PKR dan sekutunya DAP dalam Pakatan Harapan mempunyai agenda pro-Kristian, bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadi agama persekutuan seperti tertulis dalam perlembagaan.

Baru yang juga seorang peguam mewakili empat wanita Muslim yang membuat permohonan murtad di Mahkamah Persekutuan di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Permohonan untuk mengisytiharkan murtad itu walau bagaimanapun ditolak oleh mahkamah itu.Tindakannya itu ialah satu petunjuk penting agenda Kristian dibawa oleh pakatan pembangkang ditunjangi DAP dan PKR.

Wakil rakyat Ba’kelalan itu mendapat perhatian media semula kebelakangan ini ekoran kes murtad itu, disusuli tulisannya di media sosial yang menyampaikan mesej Kristian bersifat politik, mengatakan bumi Sarawak akan dikuasai Kristian sedikit demi sedikit.

Tindakan dan kenyataan terbaru pemimpin PKR Sarawak ini bukan kali pertama tetapi beliau telah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang menampakkan sikap beliau yang anti-Islam.

Baru dinamakan oleh pemimpin pakatan pembangkang sebagai calon ketua menteri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu menjejaskan hubungan antara parti-parti pakatan pembangkang pada masa itu terutama PKR dengan PAS.

Pada April tahun 2017, Baru dalam Konvensyen PKR Sarawak menuduh peranan dimainkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca keamanan dan hubungan baik masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama di negara ini tergugat.

Baru mendakwa, permainan politik Najib dan Abdul Hadi menyebabkan negara semakin hampir menjadi “sebuah negara radikal dikuasai Taliban”.

Sasaran bagi beliau ialah agama Islam, dan pemimpin-pemimpin utama parti orang Islam, pada masa yang sama beliau menyampaikan mesej-mesej politik Kristian bagi menyaingi kedudukan tinggi Islam di negara ini.

Sikap dan tindakan Baru ini menunjukkan agenda apa yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin berpengaruh dalam pakatan pembangkang, yang pada masa ini wujud sebagai Pakatan Harapan.

Kedudukan Baru sebagai ketua bagi PKR di Sarawak menunjukkan yang PKR bersetuju dengan apa yang diperjuangkan olehnya di negeri ini, salah sebuah negeri terpenting dalam menentukan jumlah kerusi bagi menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

Pada masa yang sama, di sebuah lagi negeri medan tempur penting, Selangor, pemimpin-pemimpin Kristian DAP tanpa berselindung menunjukkan agenda Kristian mereka.

Sekadar menyebut satu contoh, Hannah Yeoh, melalui bukunya Becoming Hannah: A Personal Journey menampakkan peranannya cuba menyebarkan agama Kristian di Malaysia.

Beliau ialah satu daripada ramai penggiat Kristian Evangelical yang aktif dalam DAP, menjadikan agenda agama itu sebagai antara agenda politik mereka.

Satu yang dijalankan oleh mereka ialah kritikan dan kecaman terhadap Islam dan pada masa yang sama mendesak supaya negara Malaysia menjadi lebih sekular, yang bermakna kedudukan agama Islam dilemahkan dan hal ehwal agama dibentuk oleh mereka.

Tunjang-tunjang dan dasar-dasar utama negara bakal diubah menjadikan Malaysia semakin kurang beridentiti Islam tetapi lebih sekular dan liberal. – Mynewshub.cc/HZ

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: