HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Mac 2018

Guan Eng Guna Kanak-Kanak Melayu Untuk Misi DAP

 
 



 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat sengaja menggunakan kanak-kanak Melayu bagi mencapai matlamat DAP untuk mempersenda-sendakan GST (Goods and Services Tax).

Semalam, Dua badan bukan kerajaan (NGO) dan Penang Front Party (PFP) meminta polis menyiasat Guan Eng yang didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politik.

Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi; Pengerusi Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Mohd Ibrahim A Siahoo telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan, mengesahkan laporan itu telah diterima dan pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

“Kita akan merakam keterangan daripada beliau secepat mungkin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam video berdurasi 32 saat itu, Guan Eng dilihat cuba menyemai kebencian politik dalam kalangan kanak-kanak dengan menari dan mengejek GST dalam lagu A, B, C sebelum ia viral di laman sosial.

Sementara itu, netizen turut mengutuk video viral itu dan mengecam tindakan Guan Eng dengan menyifatkan perbuatannya itu sebagai tindakan ‘minda kelas bawahan’.

Mereka juga mendesak Guan Eng menghentikan tindakan “tidak masuk akal” itu atau beliau berhadapan risiko yang bakal diambil polis terhadapnya.

Netizen, Kenny Teoh berkata: “Kanak-kanak tidak perlu dicampur dengan politik. Sama berlaku kepada parti pemerintah yang meminta kanak-kanak mengibarkan bendera parti mereka.”

Harry Khaw turut mengulas: Ini *** tokong (nama yang diberikan kepada rakan PKR) sudah tidak dapat dikawal, kini menggunakan kanak-kanak untuk agenda politiknya. Harap polis dapat mengambil tindakan. ”

Max Huan pula berkata: “LGE, awak sangat menyakitkan hati.”

Netizen Wan Zulkifli juga menuntut Lim menghentikan perbuatan “tidak masuk akal” itu sambil menyatakan “kanak-kanak tidak mempunyai batas dalam politik.”

Yusop Ibrahim menambah: “Mencipta kebencian adalah budaya yang tidak sihat dengan menanamkan perasaan negatif ini kepada anak-anak kita, Guan Eng mesti menghentikan ini dengan segera.

Seorang lagi netizen, Tharmendran Sukumaran berkata: “Dulu, mereka mengutuk UMNO tetapi kini mereka lebih teruk.”


Tiada ulasan: