Nafsu PHIkutkan nafsu, semua pemimpin PH mahu ganti BN sebagai pemerintah hari ini juga. Tak mahu tunggu PRU dulu. Apa saja peluang boleh berkuasa, pasti dirembat.Dulu lepas PRU12, Anwar rancang peristiwa 16 September untuk ajak kebanyakan MP bukan Muslim BN lompat parti. Lepas PRU13, rancang Blackout pula untuk batalkan keputusan PRU. Masa Mat Said keluar parti, didesak PAS Terengganu segera ajak Mat Said bergabung untuk bentuk kerajaan baru. Siri-siri Bersih terakhir dirancang persis Arab-Spring, kononnya revolusi rakyat.Mujurlah PAS tidak mahu bersama. Oleh kerana PAS cukup berpengaruh, oleh kerana hanya PAS mampu mencetus gerakan massa, segala rancangan itu gagal. Kalau berjaya, tak boleh bayangkan bagaimana huru-hara negara sekarang.Apa gagasannya?Itu nafsu PH. Bila ditanya kalau berjaya ganti BN, apa mereka nak buat? Macam-macamlah janji ditabur. Sampai siaran EPL percuma pun jadi manifesto. Tapi kalau tanya macamana cara nak laksanakan, terkial-kial mahu menjawab. Perancangan strategik tak ada. Kajian menyeluruh tak ada. Cuma manis di bibir sahaja.Apa yang nampak melalui zahir, tidak ada makna menukar BN kepada PH. Mereka sama sahaja. Bahkan mungkin lebih teruk. Budaya mereka sama, minda mereka juga sama. Tidak progresif dan produktif. Hanya mengitar isu-isu lama dengan bahasa-bahasa baru sahaja. Mengitar maskot-maskot lama dengan uniform baru sahaja.Warga emas dikitar sebagai PMTambah bila Mahathir jadi Pengerusi PH. Lagilah kelam masa depan Malaysia. Seolah-olah bawa balik ke zaman 90-an dahulu. Orang-orang muda dalam PH tak berguna sangat ke sampai warga emas juga terpaksa dipilih?Mahathir kata nak gantikan GST dengan SST semula. Macam zaman dia dulu. Padahal sebelum ni pemimpin PH dah akui GST adalah sistem percukaian paling efektif zaman moden ini. Sedarkah kita SST lebih tinggi kadarnya daripada GST? Kenapa tak boleh fikir cara untuk keluar daripada cukai tersembunyi begini? Kenapa perlu kitar balik benda lapuk yang orang sudah tinggalkan?Mahathir kata kembalikan Pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Padahal sudah terbukti PPSMI tidak membantu tahap pendidikan rakyat. Para intelek dan ahli akademik majoriti membantah program ini. Kenapa perlu agungkan bahasa asing sedangkan bahasa sendiri lebih sesuai untuk ilmukan bangsa? Tidakkah mereka tengok di Jepun, Jerman dan Perancis? Mahathir sudah agak ketinggalan dari maklumat-maklumat ini.Mahathir pertahankan bahawa tol di Malaysia masih di tahap yang rendah. Seolah beri bayangan bahawa jangan harap tol akan terhapus kalau PH berkuasa. Tidak menghairankan. Sebahagian besar tol di Malaysia wujud pada zaman beliau. Sebahagian besar pemilik konsesi tol adalah kroni beliau.PH 'copy paste' BNPerangai BN dan PH pun sama sahaja. Dulu BN yang kuat main sebar video audio gambar untuk mengaibkan pemimpin parti politik. Hari ini taktik serupa dimainkan oleh PH pula. Husam Musa siap mengaku ada rakaman ucapan pemimpin PAS mengaku ambil duit Umno. Tak tahulah lepas ini apa lagi yang akan tersebar menjelang pilihan raya.Zaman serba moden, macam-macam boleh direka. Kalau hidup di zaman 80-an, zaman Utusan dan TV3 satu-satunya sumber rakyat, mungkin orang boleh percaya. Ini zaman orang celik maklumat. Kalau setakat rakaman itu untuk modal politik, boleh balik awal. Rakyat Malaysia tak ada masa untuk layan politik seperti ini. Mungkin mereka tak pernah baca, di Hollywood siap ada studio khas untuk staging rakaman propaganda Asia Barat.Yang menjelikkan, dari pimpinan atas sampai bawah parti PAN jaja audio itu. Besar sangatkah isu itu kepada masalah negara? Sudah tidak ada agenda lain lagikah dalam kepala PAN untuk bantu rakyat dan negara? Beginikah modal politik PAN yang akan digunakan sampai habis PRU? Cara inikah yang mereka fikir dapat tambah undi?Benar atau salah bukan isu utamanya. Kalau benar sekalipun ramai mana sangat yang akan berjaya dipengaruhi. Tetapi apakah wajar membawa budaya politik tidak sihat begini kepada masyarakat sebuah negara yang sedang menuju status maju?Tidak ada guna berjuang menjatuhkan BN, tapi copy paste sebiji perangai mereka. Rakyat sebenarnya tak kisah siapa yang memerintah, tetapi rakyat mahu anjakan paradigma dalam pemerintahan.PAS berlepas diriAlhamdulillah, PAS keluar dari kepompong politik purba ini. Bermula dengan memperkenalkan BPMS sebagai model politik yang profesional dan maju, diperkenalkan pula Dokumen Hijau sebagai tawaran solusi masalah rakyat. Kemudian WINS2051 pula dilancarkan, sebagai model rancangan pentadbiran negara jangkamasa panjang. Mutakhir, Kerajaan Teknokrat pula digagaskan. Selepas ini akan disambut dengan manifesto pula.PAS tidak perlu melayan politik murahan pihak lain. Mereka hanya sekerat. Lebih baik tumpukan kepada rakyat teramai yang tidak terlibat dengan politik di luar sana. Ajar mereka politik cara Islam. Ajak mereka kepada anjakan paradigma negara. Beri peluang untuk sama-sama berpasitipasi membangunkan Malaysia.Jom..
HALAMAN SANTAI
Khamis, 1 Mac 2018
M'sia tak ke mana kalau BN berganti PH
ALANG IBN SHUKRIMUN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan