HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Mac 2018

Parodi Tudung Kena Kecam, Afdlin Bagi Jawapan Pedas…






MYNEWSHUB

 

HAMPIR seminggu berlalu selepas kontroversi tentang pelancaran tudung di sebuah kelab malam elit yang diadakan di bawah jenama Naelofar Hijab milik pelakon dan pengacara, Noor Neelofa.


Kejadian tersebut membuatkan ramai orang memberikan pandangan yang berbeza serta ada juga bertengkar sesama sendiri disebabkan tidak sefahaman berkaitan isu panas berkenaan.

Disebabkan isu itu kebetulan masih panas, pelakon senior iaitu Datuk Afdlin Shauki Aksan pula telah membuat satu video parodi berkaitan majlis pelancaran Be Lofa By Naelofar Hijab itu.

“Pelancaran Telekung Miasara aka ‘Tudung Transformer’ by @_bobbyafdlinshauki_ di @afdlinscomedyplanet sebab sewa hall murah tapi hari ni mak saya tak ikut sebab nak layan drama pukul 7.

“Tudung ini sangat fleksibel, boleh digayakan semahunya & ditransform menjadi telekung untuk bersolat.. Abaikan 3 model tu sebab budget burst kat sewa hall. Yela aku nak jual tudung bukan nak jual orang,” tulisnya dalam ruangan kapsyen video tersebut.

Afdlin bersama-sama dengan beberapa rakan lelakinya telah menggayakan ‘Tudung Transformer’ itu di restoran miliknya iaitu Comedy Planet dekat kompleks beli-belah Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.



Bagaimanapun video sinis itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan ia juga telah menaikkan kemarahan sesetengah pihak yang  anggap Afdlin seakan-akan mempersendakan agama Islam dengan memakai tudung.

Namun, ada juga pihak yang memahami maksud tersembunyi di sebalik video sindiran tersebut kerana ianya turut berkait rapat dengan isu yang masih panas itu.



“Saya nak anda perhatikan dua video terkahir yang saya buat. Satu, saya ikut promosi cara Neelofa sekarang ni. Video akhir pula saya buat cara-cara menggunakan Telekung Maisara saya.

“Cuba tengok, bila saya buat cara baik dan elok takde siapa kisah. Tapi bila kita buat cara yang luar daripada kotak, ia dapat banyak perhatian  dari segi pemasaran.

“Jadi fikirlah, bila orang buat betul-betul, orang tak nak tengok. Tapi bila buat tak betul, itu yang orang nak tengok… Fikirkan ya,” katanya di dalam video yang dimuat naiknya tidak lama selepas itu.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh pelakon dan pengarah filem Buli Balik itu kerana kebanyakan masyarakat masa kini sudah tidak peduli dengan perkara yang biasa dilakukan.

Mereka mahu melihat sesuatu yang baharu tetapi kemungkinan konsep pembaharuan itu tidak dapat diterima.



Tetapi bagi isu pelancaran koleksi hijab keluaran Naelofar Hijab yang diadakan dekat kelab malam di ibu kota itu mungkin boleh dikatakan seperti sesuatu yang melampaui batas.

Bagaimanapun, ianya tetap terpulang kepada individu yang melihat, dengan cara apa mereka mahu menilai sesuatu perkara itu. – MYNEWSHUB.CC/ AH

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: