HALAMAN SANTAI
Khamis, 22 Mac 2018
Pegawai Penerangan Guan Eng Cabar JAIS Tangkap Ustaz Dusuki
Pegawai penerangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin mencabar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menangkap Ahli Jawatankuasa PAS Selangor ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani jika terus memberi kuliah agama di negeri itu setelah tauliah beliau digantung oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
“Tauliah Ustaz Dasuki ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor.
“Agak-agak kalau dia mengajar juga, JAIS datang tangkap tak?” soal pegawai penerangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam Facebook.
Wan Ji turut menyebarkan surat penggantungan tauliah mengajar dan berceramah ustaz Ahmad Dusuki untuk sebaran umum di Facebooknya.
Kandungan surat MAIS itu tidak menyatakan sebab-sebab penggantungan tauliah ustaz Ahmad Dusuki, namun Malaysiakini melaporkan ia berpunca daripada doa yang dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Selangor selepas solat hajat sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan Selangor di Shah Alam pada 18 Mac lalu.
Dalam doa itu, ustaz Ahmad Dusuki mendoakan agar Allah meleburkan “pakatan yang jahat” sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran kisah “meleburkan tentera-tentera ahzab”
Walau bagaimanapun ustaz Ahmad Dusuki tidak pernah menyebut “pakatan yang jahat” itu merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
LIHAT VIDEO DI SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan