Nampaknya
bukan mudah kepada wakil rakyat PH yang diketuai Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali mengekalkan kedudukan mereka di Selangor kali ini.
KUALA LUMPUR – Terdapat sebanak 18 kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang perlu diawasi menjelang PRU-14.
Kerusi itu diagak ‘panas’ kerana ia menjadi rebutan sama ada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Seorang sukarelawan digital dan penganalisis politik, Zania Nudi
berkata, kerusi-kerusi DUN yang panas itu dikenalpasti pihaknya dalam
satu kajian baru-baru ini.
Menurutnya,, PH sudah tentu hendak mempertahankan kerajaan Selangor
dibawah pemerintahannya yang dulu dimenangi atas nama Pakatan Rakyat
(PR).
UMNO pula berhempas pulas dan sudah pun dilihat akan melakukan apa
sahaja bagi merampas semula Selangor, katanya kepada Malaysia Gazette
baru-baru ini.
“Seperti kata pemimpin tertinggi UMNO Selangor, tidak ada talak tiga
(yang merujuk sudah kalah pada PRU-12 dan PRU-13). Malah, secara terbuka
Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi telah melafazkan jika Tan Sri Noh Omar gagal
mengambilalih Selangor kali ini, dia sendiri akan ‘kerat-kerat’ Ahli
Parlimen Tanjung Karang itu dan mencampakkan ke dalam sungai,”
tambahnya.
Ditanya bagaimanakah beliau memilih 18 kerusi itu, Zania berkata, ia
dipilih bedasarkan jumlah undi paling sedikit majoritinya pada PRU-13. Zania Nudi
“Misalnya kalah 399 undi sahaja atau 2.12 peratus kepada Pas bagi kerusi P092-N92 Sabak.
“Kerusi ke 18, P108-N41 Batu Tiga pula UMNO kalah 3,805 undi atau 9.66 peratus kepada PKR,” katanya lagi.
Zania menjelaskan, diatas kertas jika UMNO kalah 399 undi, UMNO boleh
menang jika dapat menarik 200 undi PKR atau jika UMNO memasukkan 1,000
pengundi baharu maka peluang memenangi sudah ada dalam genggaman.
“Adakah terlalu susah untuk UMNO menambah penyokongnya di situ? Ahli
UMNO yang belum mengundi pun sudah lebih dari mencukupi,” tambahnya.
Kesemua 18 kerusi tersebut UMNO kalah 33,992 undi berbanding dengan
2,048,828 pengundi seluruh Selangor atau hanya 0.016 peratus sahaja.
Namun, sasaran sebenar sudah tentu lebih daripada 18 kerusi kerana
terdapat kemungkinan UMNO akan hilang kerusi yang dipegang sekarang.
“Saya dimaklumkan bahawa itu adalah tugas yang telah diarahkan kepada penyandang sedia ada untuk mempertahankannya” katanya.
Dalam pada itu, Zania turut bersedia menawarkan khidmat kepakaran
kumpulan sukarelawannya yang mampu membantu memenangi pertandingan.
Atau sekurang-kurangnya boleh menarik diri jika diketahui tidak boleh (terlalu sukar) untuk menang. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan