KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari berkata,
Program Perumahan Rakyat (PPR) antara kejayaan terbesar kerajaan,
apabila sehingga kini telah berjaya menyiapkan 83,759 unit rumah melalui
120 projek PPR untuk golongan yang memerlukan.
Sehubungan itu menurut Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan sentiasa
menunaikan janji untuk menyediakan keperluan untuk rakyat.
Berbanding dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau
Pinang, mereka gagal untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah
kerajaan negeri.
“Sebanyak RM80,000 sehingga RM120,000 subsidi telah disalurkan kerajaan untuk setiap unit PPR.
“Di Selangor, sembilan projek Selangorku dibatalkan. Manakala di Pulau
Pinang walaupun selepas sembilan tahun, kerajaan negeri masih gagal
menyerahkan kunci rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya menerusi
blog NajibRazak.com hari ini.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan rakyat agar memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Ini kerana katanya, terdapat banyak projek PPR yang permohonannya bakal
dibuka seperi PPR Kepong, PPR Mukim Naga di Kubang Pasu, PPR Kota Bharu
di Kelantan, PPR Kampung Tok Suboh di Pulau Pinang.
Sementara PPR Machang di Kelantan sudah dibuka untuk permohonan.
Ujar beliau, semua projek unit perumahan ini walaupun dijual dengan
harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, namun kualitinya
menyamai rumah yang dibina oleh pemaju swasta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan