TUMPAT: Lokap menjadi lokasi
berbulan madu buat pasangan pengantin baru selepas mereka 'dicekup'
dalam satu serbuan yang dilakukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat
Polis Daerah Tumpat.
Dalam serbuan jam 2.30 pagi tadi yang dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bunohan, di sini, turut dirampas 73 gram syabu, tiga botol minuman air ketum, 16 botol kecil berisi kodain dan lima biji eramin 5.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pasangan terbabit baru berkahwin 12 September lalu.
Katanya, pasangan suami isteri yang berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan hasil intipan serta maklumat daripada orang ramai.

Nilai keseluruhan rampasan terbabit berjumlah RM11,500 termasuk wang
tunai berjumlah RM4,000, enam buah telefon dan sebuah kereta Proton
Waja.
"Hasil ujian air kencing yang dijalankan kita dapati mereka positif dadah jenis metamphetamin dan dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Tumpat dan Kota Bharu," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.
Kedua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 24 September nanti dan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan