MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 19 September 2019
Saya diarahkan cincang dokumen sebelum PRU14 - bekas pembantu Najib
MALAYSIAKINI
KES 1MDB NAJIB l
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di
Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang
beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Amhari Efendi
Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata beliau
berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat
Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Katanya beliau menyimpan semua
dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di Kuala
Lumpur seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.
Beliau
berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib,
Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas perdana
menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu? Amhari Efendi:
Saya fikir ada ... menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf
adalah untuk mencincang semua doumen yang perlu dicincang, memfailkannya
dengan sewajarnya.
"Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua
staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya.
Itulah cara ia berfungsi.
Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan
simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya
digunakan semula. Itu adalah arahan.
"Pada masa itu saya sangat sibuk.
Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan
berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan
kebanyakannya di rumah saya." Melakukan kempen, mesej media sosial untuk
Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.
"Suatu
hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang
sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan
mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja.
Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial , berada di rumah
saya, tidak relevan dengan serbuan, "katanya.
Antara dokumen yang
dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan
rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam
Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.
Muhammad Shafee:
Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk
bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringin,
atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak
didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda
memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien
saya.Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.
Najib,
66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk
memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21
pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli
Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan
AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur
antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan
haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan