HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 September 2019

1,484 sekolah ditutup di seluruh M’sia setakat 1 tengah hari

THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup hari ini berikutan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan masing-masing setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), penutupan sekolah terbabit melibatkan 1,003,310 pelajar.

Ini termasuk 66 sekolah di Wilayah Persekutuan membabitkan 48,527 pelajar dan 53 sekolah di Negeri Sembilan dengan 28,073 pelajar turut diarahkan tutup berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.

Turut dilaporkan, Selangor mencatatkan penutupan sekolah paling tinggi iaitu melibatkan 538 sekolah diikuti Sarawak (337); Perak (303); Pulau Pinang (162) dan Putrajaya (25).

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat ini tiga lokasi di Selangor mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Petaling Jaya (207), Shah Alam (220) dan Johan Setia Klang (258).

Kualiti udara di Nilai, Negeri Sembilan turut berada pada paras sangat tidak sihat dengan bacaan 208 setakat 1 tengah hari.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).–Bernama

Tiada ulasan: