MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 19 September 2019
Jika Kabinet terima, gagasan Rahmatan Alamin jadi dasar baru kerajaan, kata Mujahid
BernamaMenteri
di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata, kertas kerja gagasan
Rahmatan Lil Alamin sudah mendapat kelulusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majlis Raja-raja.
KUALA LUMPUR: Gagasan Rahmatan Lil Alamin sekiranya diterima jemaah
menteri akan menjadi satu dasar baru kerajaan dalam membawa Malaysia
melangkah ke depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata, kertas
kerja gagasan itu dijangka dibentang dalam mesyuarat Kabinet
selewat-lewatnya bulan depan dan jika diterima akan menjadi satu dasar
baru kerajaan dalam membentuk masa hadapan Malaysia.
“Sebelum ini, kertas kerja ini sudah mendapat kelulusan mesyuarat
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan
mesyuarat Majlis Raja-raja.
“Justeru, apabila jemaah menteri terima ini sebagai dasar pentadbiran
Islam hari ini, maka Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan
lancarkan dasar pentadbiran baru berdasarkan Rahmatan Lil Alamin dan ia
akan diterjemahkan dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober ini,”
katanya ketika melancarkan Seminar Antarabangsa Rahmatan Lil Alamin di
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Mujahid juga percaya pada tahun hadapan, gagasan itu akan
disebarluaskan kepada semua peringkat, termasuk di universiti,
kementerian, pegawai kerajaan, sekolah dan pihak berkepentingan.
Mengenai seminar antarabangsa yang dihadiri wakil dari Indonesia,
Brunei, Thailand dan Singapura itu Mujahid berkata, ia adalah usaha
kerajaan untuk memberi pendedahan dan memastikan konsep itu diterima
semua pihak.
Hasil resolusi daripada seminar yang dianjurkan Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama UIAM itu akan dibuku dan disebarkan
ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun lepas Mujahid mengumumkan pendekatan Rahmatan Lil Alamin,
maqasid syariah dan model Malaysia untuk dijadikan polisi bagi semua
agensi dalam usaha membentuk citra baru Malaysia pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan