PARLIMEN l
MP Kimanis Anifah Aman menyarankan negara mencipta kereta terbang yang
dibuat daripada buluh supaya wang tidak perlu dibelanjakan untuk
memperbaiki jalan-jalan yang buruk di Sabah dan Sarawak.
"Saya juga tertarik cetusan idea menteri untuk bina kereta terbang kalau sekiranya benar kalau kita tak dapat salurkan kewangan untuk membaik pulih dan bina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak.
"Saya rasa rakan-rakan dari Sarawak akan setuju dengan saya, projek kereta terbang haruslah dimajukan untuk Sabah dan Sarawak dan boleh dibuat gunakan buluh agar ringan dan boleh terbang.
"Kalau ia dibina rakyat Sabah dan Sarawak tak perlu jalan-jalan kita diperbaiki, jalan lumpur, jalan batu kerikil, dan ada kalanya anak-anak kita jalan kaki ayam ke sekolah," kata Anifah kepada Dewan Rakyat hari ini.
Serat gentian karbon
Walaupun sepintas lalu, idea kereta buluh kedengaran tidak masuk akal namun terdapat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan mengenai penggunaan buluh sebagai serat gentian karbon.
Pembuat kereta Ford juga merancang menggunakan buluh untuk bahagian dalaman kenderaannya. Semasa Perang Dunia ke 2, pesawat pejuang Mosquito de Havilland milik tentera British juga dibina terutamanya menggunakan kayu.
Anifah berkata jika kereta terbang itu dapat dibina, beliau akan memberi tabik hormat kepada Redzuan.
"Jika kereta terbang ini boleh dibina saya akan salute menteri, dan ia akan selesaikan masalah Sabah.
"Bukan perli kalau sekiranya seorang menteri apabila berucap harus buat kajian yang terperinci," jelasnya.
Terdahulu, Anifah menegur Putrajaya yang terlalu memfokuskan kepada projek mega seperti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak masih berjuang untuk mendapatklan kemudahan asas.
"Projek (ECRL) ini menelan belanja berpuluh-puluh bilion.
"Saya selaku rakyat Malaysia dari Sabah amat dukacita dan sedih apabila jalan-jalan kampung kita, air bersih tak sampai kepada rakyat kita tapi di semenanjung ada projek-projek gergasi sedangkan di Sabah belum dapat kemudahan-kemudahan asas yang sangat-sangat diperlukan," katanya.
ECRL merupakan projek yang disokong China yang dianggarkan pentadbiran terdahulu memakan belanja RM55 bilion. Kerajaan PH masih merundingkan hal ini dengan Beijing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan