HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Oktober 2019

Suhakam bimbang Sosma diguna ke atas 12 disyaki terbabit LTTE

FMT Reporters
Minggu lepas polis menahan beberapa individu yang disyaki 
mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka, LTTE.
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan berhubung langkah terbaru polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkh-langkah Khas) atau Sosma ke atas sekumpulan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Suhakam bagaimanapun tidak mengkritik tangkapan itu dengan berkata, ia melihat penahanan tanpa bicara yang diperuntukkan di bawah Sosma sebagai “berlawanan dengan prinsip teras hak asasi manusia”.

“Suhakam memahami bahawa harus wujud keseimbangan antara keperluan melindungi negara daripada ancaman keselamatan dengan pemeliharaan hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lepas, Bukit Aman menahan 12 individu, termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, dalam operasi terhadap kegiatan yang didakwanya bertujuan menghidupkan semula LTTE, iaitu kumpulan militan etnik Tamil di Sri Lanka yang melancarkan perang terhadap kerajaan Colombo selama beberapa dekad sebelum ini.

Tiada ulasan: