Setakat pukul 11 malam ini, petisyen itu sudah ditandatangani seramai 77, 622 orang.
Penggerak Mahasiswa UM menuntut pihak universiti menarik balik sijil ijazah sarjana muda milik Yan Ke.
Selain itu, pihaknya juga menuntut pelajar itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pada sidang kelima majlis Konvokesyen UM baru-baru ini Yan Ke melaungkan; “Ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad bertulis ‘ Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik sahaja selepas menerima skrol ijazahnya.
Yan Ke juga merupakan individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Restoran Amjal pada tahun lepas.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan