HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Oktober 2019

Isu kekecohan AMANAH Kluang tak serius – Mat Sabu

Nizam Zain
MGF14102019_PERHIMPUNAN-BULANAN-KEMENTERIA-PERTAHANAN17
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bercakap semasa sesi sidang media pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Ausitorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan insiden kekecohan yang melibatkan bahagiannya di Kluang minggu lalu disifatkan bukan sesuatu yang serius.

Beliau berkata, perbezaan pendapat dan perbalahan akar umbi ketika mesyuarat merupakan sesuatu yang lazim berlaku dalam mana-mana parti politik.

“Itu biasa saja, bila mesyuarat itu. Mana-mana parti politik (semestinya) ada yang puas hati dan tak puas hati.

“(Kekecohan) Tidak serius,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berhubung mesyuarat AMANAH Kawasan Kluang, Johor yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh susulan satu insiden pergaduhan.

Menurut salah seorang ahli parti, mesyuarat tersebut bertukar tegang apabila berlaku perselisihan faham mengenai isu pemilihan ahli jawatankuasa kawasan tersebut.

Perselisihan itu timbul selepas pemilihan kawasan itu telah diatur oleh pihak tertentu tanpa persetujuan cawangan-cawangan.

Rakaman video klip berdurasi 29 saat insiden kekecohan dan pergaduhan itu tukar di media sosial sejak malam Rabu lalu.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang lelaki yang mengenakan baju warna jingga dilihat menjerit menyuruh beberapa ahli supaya balik daripada mesyuarat tersebut.

Pada rakaman yang sama juga kelihatan juga seorang lagi lelaki memaki baju warna hitam dilihat menolak meja dan menghempas kerusi di dalam bilik mesyuarat itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: