HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Mei 2021

MB, exco T'ganu sumbang sebulan gaji untuk Palestin

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Prihatin dengan nasib rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman rejim Zionis Israel, barisan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji mereka untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata selain Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kesemua 10 exco turut berbuat demikian.

“Wakil rakyat penyokong kerajaan pula menyumbang RM3,000 seorang manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik negeri turut menyumbang dana dengan bantuan terkumpul setakat ini sebanyak RM100,000," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Nor turut menyeru rakyat Terengganu supaya terus menyumbang kepada tabung itu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan hasil kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan menggerakkan misi mengambil tindakan proaktif dan segera dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Zionis.

Sekretariat itu turut berperanan menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dengan sasaran kutipan sebanyak RM1 juta.- Bernama

Tiada ulasan: