HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Mei 2021

Muslimat Pas ajak rakyat hormati ulama, mufti

Nuridah Salleh
Nuridah Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) menyeru umat Islam untuk menghormati ulama dan mufti biarpun tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Ketuanya, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, rakyat seharusnya menilai kembali kata-kata kejian dan nista yang dilemparkan kepada mufti mahupun ulama.

“Adakah sesuai dihamburkan kepada seorang manusia ilmuan yang memberi pendapat berdasarkan ilmunya.

“Sesungguhnya manusia yang dianugerahi akal dan dipagari dengan iman, tidak akan mengikut pertimbangan emosi semata-mata apabila membaca berita atau tulisan di media massa yang ditulis berdasarkan tuduhan semata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini rakyat harus belajar bertenang dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan terus merebak dengan lebih cepat.

Kata beliau, SOP yang ditetapkan bukan suatu yang sengaja dibuat untuk menyusahkan, tetapi untuk memastikan rakyat boleh terus hidup seperti biasa, namun dalam keadaan selamat.

“Sesungguhnya bulan puasa bukan sahaja kita tidak minum dan makan, tetapi juga kita berpuasa daripada berkata yang tidak baik dan menulis yang bukan-bukan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: